Friday 6 May 2011

Seronoknya balik kampung..

Bila tiba je hari jumaat, aku mesti teringat kat kampung dan keluarga aku, setiap hari jumaat aku dengan setianya akan menunggu bas untuk pulang ke kampung, bas adalah satu-satunya teman paling berharga buat aku, kalau tanpanya susah le aku nak balik kampung, maklum le aku ni tak ade kereta, tak tau le kenapa sampai sekarang aku tak beli-beli kereta, mungkin masanye belum tiba lagi, Selama aku bekerja di tempat kerja sekarang, aku jarang betul berhari minggu di sini, hari minggu aku banyak diabiskan di kampung je, walaupun aku dah bertugas lama di sini  boleh dikira berapa kali je aku berjalan ke puncak genting ni,tak tau le kenapa, malas kot..

Wednesday 4 May 2011

Petang semalam


Petang ni balik dari ofis rase kepala pening sikit, maklumlah kerja x abis-abis.  Malam ni nak rehat sikit, tapi kena basuh baju dulu le, baju dah penuh bakul nampaknya kah3

Tuesday 3 May 2011

mee kari

menu hari ni mee kari banjir

Bahan2:
3 peket mee kuning
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Seinci lengkuas (di tumbuk)
2inci halia (di hiris lebar)
2 btg serai dititik
2 kilo kerang(di rebus dan di kopek kulit)
2 peket kecil rempah kari ayam- bancuh dgn air
2cmb cili kisar
1/2 ekor ayam (dipototng kecil)- dilumur dgn rempah kari
Taupok
Fish cake
Kiub ayam
Santan secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan sampingan:
Taugeh
Telur rebus
Sawi rebus
Daun bawang
Bawang goreng
Tauhu- digoreng
Sambal kerang
Limau kasturi
Cili merah - di hiris

Cara2:
1. Tumis bahan2 tumbuk, halia, lengkuas, rempah kari, cili kisar dan ayam.
2. Bila ayam dah empuk, masukkan santan cair, masukkan kerang rebus, biar merenih.
3. Bila dah mendidih masukkan santan pekat, garam dan kiub ayam. Rasakan secukup rasa, masukkan taupok dan fish cake, biar mendidih. Tutup api.
4. Hidangkan dan hiaskan dgn bahan2 sampingan.

Jom Resipi

Kalau sebut resipi mesti kita bayangkan makanan, apa yang kita nak masak hari ni..